Monday, 17 August 2015

Assalamualaikum gaisss ,

Ok hari ni iolls nak tulis post mengenai ASASI SAINS PERTANIAN (AsPer) di UPM SERDANG. Seperti yang iolls dah janjikan pada minggu lepas.

Hmm nak mula macammne eh ? Ok asasi sains pertanian sama ja dgn asasi lain mcm palam, pasum. Cuma yang membezakan asasi ni adalah asasi ni akan ada satu subjek yg lain sikit iaitu subjek pertanian. Dan ada satu lagi perbezaan asper dgn asasi lain adalah asasi ni ada 3 semester tapi asasi yg lain-lain tu hanya 2 semester dalam masa setahun.

APA ? SUBJEK PERTANIAN ? KENA JADI PETANI KA ?

Ok fyi, asasi ni bukanlah semata-mata korang boleh amik kos pertanian saja untuk degree nanti. Korang boleh amik medic,engineering,pendidikan,biotech dan macam2 lagi laa. 

*senang cakap hampir semua kursus yang ada dekat upm ni korang boleh apply ok ?

Sekarang aku nak cite skit laa benefit asper ni :

1) Korang mmg dah ada tempat dalam UPM untuk degree nanti.(akan ada kuota utk bdk2 asper)
2) Korang ada 3 sem thats mean duit elaun korang pun akan masuk tigaaaa kalii.yeayyyyy (asasi lain 2 kali je tauu, matrik pun)
3)korang belajar mcm dalam kelas mse sekolah dlu. Maksudnya lecture dgn tutorial belajar ikut kuliah. So takde laa yg belajar dlm dewan yg ada hampir 300-400 orang tu. Hihihihi... so korang boleh fokuss laa (satu kuliah dlm 50 org je)
4) akan ada amali pertanian seminggu sekali. Serius aku cakap mmg best amali ni. Mase ni laa korang nak memain setelah penat belajar kan. Hmmm, korang akan dpt pengalaman baru lagi. 
5) Setiap sabtu dan ahad takde kelas. Yeayyyy sekali lagi. Mase ni laa korang boleh jenjalan pusing kl.

Sebenarnya banyak benefit asper. Tapi malas aku nak list semua. Senang cakap laa aku tak pernah menyesal masuk sini walaupun masa awal2 tu aku rasa macam tough.
So korang sape yg dpt asPer ni please laaa jangan tolak.Fikir dulu dua tiga kali sebelum tolak . Ok ?
 Tujuan aku buat post ni pun sebenarnya nak share experience aku sebagai seorang asPer sbb aku tau ramai yg taktau pasal asasi ni. Bila dpt tu mula laa pikir bukan-bukan. Actually ramai je yg SPM ok-ok je boleh skor 4 flat kat sni. So korang jangan give up ok ?

Aku share laa sikit gambar utk tatapan korang :) 




Saturday, 15 August 2015

Assalamualaikum...

Seriously, dah lama aku tak menulis dekat blog ni. Aku tak sedar pun yang aku ada blog ni. Lagipun aku ni bukan jenis yang minat sangat nak menulis jiwang-jiwang ni. So harap kalian faham laa eh. Hehe...

Now,aku dah masuk 19 tahun. Dah nak masuk degree life okay bulan september ni. Wakkakaka~

Bila baca balik apa yg aku meroyan dekat post lama-lama yang aku tulis ni nak tergelak pulak rasa. Alahai budak-budaknya. 😂😂

Ok laa disebabkan dah lama tak bercerita apa yang dah jadi dekat aku sepanjang aku tak menulis kan. Mai sini cek nak habaq *tudiaaa keluaq dah bahasa kedah.

Aku ni lepasan ASASI SAINS PERTANIAN (ASPERX), UPM SERDANG. *jangan ingat aku nak jadi petani ke pesawah ke. InsyaAllah nanti kalau ada masa aku buat satu post khas pasal asasi ni.(kalau ada masa laa sebab aku tengah busy gilerr namatey dengan preparation nak masuk degree nanti)

Memandangkan aku ni budak Asper , so degree aku pun sambung dekat UPM laa.(nampak tak untungnya kalau masuk asper ni) HEWHEWHEW :)


Korang mesti nak tau kan aku dapat course apa untuk degree kan.*cakap kayell pulak*. Ok dengan ini aku nak umukan...

JENGJENGGGJENGGG~

*buat saspen pulak aku ni*
Ok laa aku bagitau terus je. Aku dapat kos
BACELOR SAINS(KEPUJIAN) MIKROBIOLOGI (aku dapat first choice)

wuuuu bagi tepukan sikit semuaa. Hahahahhaha. Aku tau korang pun mesti dah tercenggang kan apebende laa mikrobiologi ni kan. Hmmm, kos ni belajar pasal benda halus yang kalau tengok guna mata kasar tapi tak nampak. Faham-faham la ehh. Jangan fikir yang bukan keh. Kalau tak faham juga korang google je laa. Malas aku nak cerita panjang-panjang kat sini.

So takat ni je laa aku menulis*menulis ke menaip ? Aku sendiri pun konfius. Apa-apa jelaa.. korang doakan aku ehh dapat menempuh ranjau kehidupan sebagai pelajar degree selama 4 tahun ni. Huhu

Ok sekian saja celoteh aku pada hari ni. Aku ada medical check up esok. So gua chawwwww lukksss. Byeee uollssss



Wednesday, 9 April 2014

Sis kuciwaaa

ASSALAMUALAIKUM ,

Kecewa ? kenapa kau selalu negatif minded sangat ? please positif sikit ok ? relax~

Hendak dimulakan cerita ingin aku kongsikan satu kata-kata motivasi :

 Allah janji -
bersama kesulitan ada kemudahan
dan bukan 
selepas kesusahan ada kesenangan 
kau perlu jelas beza.

seperti malam ,

Allah tak pernah biarkan malam hitam pekat bersahaja
Allah hadirkan bulan bintang angin yang mendamaikan suasana yang menyamankan 
andai tempoh siang ragamu jatuh tersungkur dan terluka,
biarlah malam mendakapmu hangat memberi teduh membuang duka

p/s : nah amik tisu lap air mata tu .

And now kita go on , dalam bulan ni saja banyak benda duka , bad news yang aku terima . ya Allah sakitnya hanya aku tau . Aku down sangat , lemah semangat , hilang jati diri rasa macam nak lari saja dari masalah ni. Kenapa sebab aku rasa aku gagal . Bulan ni saja aku gagal test jpj , aku gagal permohonan IPG , aku gagal scholarship Maybank and yang paling penting result SPM aku yang sangatt lah teruk . Cukuplah dah banyak aku kecewakan mak ayah aku . Enough hanis enough ~ Aku nampak bertapa sedihnya diaorang even tak tunjuk depan aku . aku tau . And aku tak macam abang aku . Dia berjaya dah continue study medic lagi . kami sangat berbeza. Baru tadi aku check IPG dan aku gagal . GAGAL lagi ? ramai kawan2 aku dapat dan mereka nampaknya gembira sangat . tahniah kawan :') rezeki masing-masing kan. it's ok hanis . Aku tak berani lagi nak beritahu mak ayah sebab takut mereka kecewa lagi dan lagi :"( . Aku nak berkabung sehari dua nak tenangkan fikiran and fikir masa depan .

And now apa yang aku perlu buat ? orang keliling kampung pakat tanya dah . kesian mak ayah aku nak jawab kan ? sob3 .



Hanis , life must still go on . let the past be the past . Let it go ~ let it go ~ . Ok tak kisah lah aku dapat mana pun kan asasi ? matriks ? aku kena study and skor pointer tinggi-tinggi and go on dengan cita-cita aku that is DENTIST . yeahh I wanna be a DENTISTRY . waaaa nak cabut gigi orang . hihihi . Aku yakin semua ni ujian Allah untuk aku . Allah always knows the best to us . Kita boleh merancang , semua boleh merancang tapi rancangan Allah yang paling terbaik . percayalah ~









Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


KONKLUSINYA kat sini hidup mesti diteruskan and jangan sesekali mengalah . Apa pun yakin dan percaya rezeki ada dimana dan Allah jangan sesekali kita lupakan . Fighting hanis fighting ! berjuanglah selagi mampu . Tebus balik kegagalan masa lalumu dengan kejayaan . insyaAllah .

p/s : Do pray for me :)


sincerely :
Dentistry to be . insyaAllah :)