Ok hari ni iolls nak tulis post mengenai ASASI SAINS PERTANIAN (AsPer) di UPM SERDANG. Seperti yang iolls dah janjikan pada minggu lepas.
Hmm nak mula macammne eh ? Ok asasi sains pertanian sama ja dgn asasi lain mcm palam, pasum. Cuma yang membezakan asasi ni adalah asasi ni akan ada satu subjek yg lain sikit iaitu subjek pertanian. Dan ada satu lagi perbezaan asper dgn asasi lain adalah asasi ni ada 3 semester tapi asasi yg lain-lain tu hanya 2 semester dalam masa setahun.
APA ? SUBJEK PERTANIAN ? KENA JADI PETANI KA ?
Ok fyi, asasi ni bukanlah semata-mata korang boleh amik kos pertanian saja untuk degree nanti. Korang boleh amik medic,engineering,pendidikan,biotech dan macam2 lagi laa.
*senang cakap hampir semua kursus yang ada dekat upm ni korang boleh apply ok ?
Sekarang aku nak cite skit laa benefit asper ni :
1) Korang mmg dah ada tempat dalam UPM untuk degree nanti.(akan ada kuota utk bdk2 asper)
2) Korang ada 3 sem thats mean duit elaun korang pun akan masuk tigaaaa kalii.yeayyyyy (asasi lain 2 kali je tauu, matrik pun)
3)korang belajar mcm dalam kelas mse sekolah dlu. Maksudnya lecture dgn tutorial belajar ikut kuliah. So takde laa yg belajar dlm dewan yg ada hampir 300-400 orang tu. Hihihihi... so korang boleh fokuss laa (satu kuliah dlm 50 org je)
4) akan ada amali pertanian seminggu sekali. Serius aku cakap mmg best amali ni. Mase ni laa korang nak memain setelah penat belajar kan. Hmmm, korang akan dpt pengalaman baru lagi.
5) Setiap sabtu dan ahad takde kelas. Yeayyyy sekali lagi. Mase ni laa korang boleh jenjalan pusing kl.
Sebenarnya banyak benefit asper. Tapi malas aku nak list semua. Senang cakap laa aku tak pernah menyesal masuk sini walaupun masa awal2 tu aku rasa macam tough.
So korang sape yg dpt asPer ni please laaa jangan tolak.Fikir dulu dua tiga kali sebelum tolak . Ok ?
Tujuan aku buat post ni pun sebenarnya nak share experience aku sebagai seorang asPer sbb aku tau ramai yg taktau pasal asasi ni. Bila dpt tu mula laa pikir bukan-bukan. Actually ramai je yg SPM ok-ok je boleh skor 4 flat kat sni. So korang jangan give up ok ?
Aku share laa sikit gambar utk tatapan korang :)


